Saturday, December 28, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakaian daripada pembalut gelembung cetus kontroversi

    BELARUS, 27 DIS – Jenama fesyen Belarus, ZNWR, menerima tumpuan atas ciptaan terbaharunya, koleksi pakaian yang diperbuat daripada pembalut gelembung (bubble wrap) lut sinar.

    Jenama fesyen terkenal kerana idea yang pelik, tetapi kadangkala kelihatan tidak masuk akal.Pakaian pelik itu baru-baru ini dilihat oleh pengguna TikTok Yana di kedai ZNWR yang terletak di Dana Mall, Minsk.

    Ia dengan cepat menjadi tular di platform perkongsian video dengan lebih 100,000 tontonan.

    Menurut laporan Oddity Central, klip itu memaparkan dua pakaian pembalut gelembung, pakaian lut sinar berharga 280 rubel Belarus (AS$86) dan jaket dengan tanda harga 380 rubel (AS$116).

    Nampaknya, koleksi pakaian plastik baharu itu dicipta untuk mereka yang mencari sesuatu yang benar-benar mewah untuk dipakai pada Malam Tahun Baharu.

    “Gadis-gadis, jika awda sedang mencari pakaian, ini dia,” kata individu bernama Yana, secara bergurau dalam videonya, sambil menunjukkan tanda harga pada pakaian berkenaan.

    Disebabkan pakaian pembalut gelembungnya yang pelik, ZNWR baru-baru ini diberi julukan ‘Balenciaga of Belarus’. – Agensi

    Gambar Oddity Central
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda