UNITED KINGDOM – Kelihatan barisan pakaian berkilau dengan permata menampakkan satu corak yang elegan dan gaya yang begitu mempesonakan. Apa yang pasti pakaian-pakaian ini pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana dan dipamerkan di salah sebuah kediaman puteri itu di United Kingdom baru-baru ini sempena ulang tahun kematian ke-20 tahun semenjak kematian Puteri disayangi ramai itu.

