Sejak kembali solo, penampilan pelakon Nadia Brian sering kali menjadi buah mulut warganet yang beranggapan pemilihan pakaiannya keterlaluan dan mencolok mata.
Terbaharu, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, sekali lagi tampil dengan imej keterlaluan dengan menggayakan busana fabrik renda berwarna putih mendedahkan bahagian dada, pinggang dan belakang tubuh badannya.
Malah pada bahagian leher pakaian itu juga dilihat seperti cangkuk pakaian dalam wanita sekali gus membuatkan busan tersebut kelihatan pelik.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan Nadia sedang sibuk menari dengan pakaian yang mencolok mata itu.
Difahamkan, Nadia berpenampilan seperti itu ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan pengarah filem di ibu kota baru-baru ini.
Melihat ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan oleh warganet yang tidak senang melihat penampilan Nadia.
Malah, ruangan komen tersebut juga dipenuhi dengan komen nakal daripada kaum lelaki.
“Tak segan ke? Tak payah tunjuk sangat.
“Dia menari dengan baju segi tiga tiada ‘bucu’ pulak dah… yang bukan-ukan fesyen sekarang. Macam terbalik pun ya.
“Lama sangat menjanda ke dia ni? Seronoklah puas-puas nanti dekat sana tak boleh dah,” komen warganet.
Sebelum ini, Nadia juga pernah dikecam warganet selepas menggaya-kan pakaian berwarna merah jambu yang menonjolkan bentuk payudara. – Agensi


