Alhamdulillah negara kitani, telah melangkah ke hadapan melepasi ujian pandemik COVID-19 sehingga pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat-tempat awam sama ada di dalam bangunan atau luar.
Walaupun demikian, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi mereka yang mengunjungi fasiliti-fasiliti kesihatan sama ada fasiliti kerajaan mahupun swasta.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, saya ada mengunjungi Hospital RIPAS untuk membawa ahli keluarga yang sakit dan saya mendapati terdapat sebilangan pengunjung yang tidak mematuhi garis pandu tersebut.
Bagi pengunjung lain, yang mematuhi peraturan tersebut, ia amat membimbangkan kerana mereka yang tidak memakai pelitup muka ini mungkin berisiko menyebarkan jangkitan, apa saja penyakit yang mereka hadapi pada masa itu, ataupun berisiko untuk dijangkiti kerana mereka berada di kawasan yang berisiko.
Untuk mengatasi masalah tersebut, saya berpendapat adalah lebih baik para pengawal keselamatan yang ditugaskan di fasiliti kesihatan itu memantau dan memastikan para pengunjung mematuhi peraturan dengan memakai pelitup muka.
Kawan Oyen










