Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar bedah Itali dipenjara dua setengah tahun

    STOCKHOLM, 21 JUN – Mahkamah rayuan Sweden hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun kepada seorang pakar bedah Itali yang pernah dianggap sebagai perintis dalam pembedahan ke-rongkong akibat serangan teruk ke atas pesakit.

    Paolo Macchiarini mendapat pujian pada 2011 selepas mendakwa melakukan pemindahan trakea sintetik pertama di dunia menggunakan sel stem, semasa di Hospital Universiti Karolinska di Stockholm.

    Tetapi tidak lama kemudian muncul dakwaan prosedur itu telah dijalankan ke atas pesakit yang tidak sakit kritikal pada masa pembedahan.

    Namun, beliau dibebaskan daripada pertuduhan serangan terhadap dua pesakit lain dengan alasan kesihatan mereka pada ketika itu dalam keadaan yang sangat teruk sehingga prosedur tersebut ‘dibenarkan.’ – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda