Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar bedah Itali rayu hukuman

    COPENHAGEN, DENMARK, 29 JUN – Pendakwa raya Sweden kelmarin merayu hukuman yang diberikan kepada seorang pakar bedah Itali yang dibicarakan kerana menyebabkan kecederaan anggota badan semasa pemindahan eksperimen tenggorok sel tunjang ke atas tiga orang pesakit dan menyebabkan mereka meninggal dunia.

    Saintis sel tunjang, Dr. Paolo Macchiarini menjadi tajuk berita pada tahun 2011 kerana menjalankan pemindahan tenggorok sel tunjang pertama di dunia di hospital terkemuka di Sweden.

    Setelah dianggap sebagai tokoh terkemuka dalam perubatan regeneratif, Macchiarini telah disanjung kerana mencipta tenggorok pertama di dunia yang sebahagiannya diperbuat dari sel tunjang pesakit sendiri.

    Sebelumnya, Macchiarini dipecat dari Institut Karolinska pada Mac 2016 kerana melanggar etika perubatan selepas dituduh memalsukan maklumat diri dan menggunakan kaedah salah dalam pembedahannya.

    Pada Disember 2018, Sweden telah memutuskan untuk membuka semula penyiasatan yang telah dihentikan sebelum ini terhadap tiga kes. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda