Friday, February 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar bedah Perancis berdepan tuduhan rogol hampir 300 pesakit

    RENNES, 18 FEB – Seorang pakar bedah Perancis akan dibicarakan atas tuduhan merogol atau menyerang secara seksual hampir 300 pesakit, kebanyakannya kanak-kanak, yang dilakukan beberapa dekad sepanjang perkhidmatannya sehingga bersara, walaupun pernah disabitkan kerana memiliki gambar serangan seksual kanak-kanak dan rakan sekerja, menurut siasatan AFP.

    Joel Le Scouarnec, 74, sudah dipenjarakan selepas mahkamah pada tahun 2020 mendapati dirinya bersalah merogol empat kanak-kanak, termasuk dua anak saudaranya.

    Dalam perbicaraan berasingan selama empat bulan yang akan bermula pada 24 Februari, dia berdepan tuduhan menyerang atau merogol 299 pesakit, kebanyakannya pesakit-pesakit tersebut berada dalam keadaan tidak sedar, di beberapa buah hospital antara tahun 1989 dan 2014.

    Secara keseluruhannya, 256 daripada 299 mangsa berumur bawah 15 tahun, iaitu yang paling muda berumur satu tahun dan yang tertua berumur 70 tahun.

    Pakar bedah tersebut tidak pernah disiasat sepanjang perkhidmatannya, walaupun pernah dihukum pada tahun 2005 kerana memiliki gambar serangan seksual kanak-kanak. – AFP

    Roland dan Mauricette Vinet menunjukkan gambar cucu mereka, Mathis, salah seorang daripada kira-kira 300 mangsa pakar bedah bersara Perancis, Joel Le Scouarnec. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda