Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pakar beri amaran penularan ancaman penyakit haiwan

    PARIS, 10 JUN – Dengan penularan cacar monyet di seluruh dunia semakin meningkat berikutan penularan COVID, terdapat kebimbangan bahawa peningkatan wabak penyakit yang berpindah daripada haiwan kepada manusia boleh mencetuskan satu lagi wabak.

    Penyakit tersebut dipanggil sebagai zoonosis dan ia telah wujud selama beribu tahun serta menjadi lebih biasa dalam beberapa dekad kebelakangan ini disebabkan oleh penebangan hutan, penternakan secara besar-besaran, perubahan iklim dan pergolakan lain yang disebabkan oleh manusia di dunia haiwan, menurut pakar.

    Penyakit lain yang dilaporkan berjangkit daripada haiwan kepada manusia termasuk HIV, Ebola, Zika, SARS, MERS, selesema burung dan wabak bubonik. Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata kelmarin bahawa ia masih menyiasat asal-usul COVID, tetapi “bukti paling kuat masih dikaitkan dengan penularan zoonosis”.

    Sementara itu, dengan lebih daripada 1,000 kes cacar monyet direkodkan di seluruh dunia sepanjang bulan lalu, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran terdapat risiko sebenar penyakit itu boleh berjangkit di berpuluh-puluh negara.

    Pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan juga berkata minggu lalu, “ia bukan hanya dalam cacar monyet, cara manusia dan haiwan berinteraksi telah menjadi ‘tidak stabil’.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...