SYDNEY, 30 April – Pakar bom Australia telah memusnahkan bahan letupan yang ditemui di Taman Adelaide di pinggir bandar itu, berikutan penangkapan seorang lelaki berusia 43 tahun.
Polis Australia selatan menemui bahan letupan tersebut pada lewat kelmarin dan lelaki itu muncul di mahkamah awal hari ini yang dituduh membawa bahan peledak itu.
Penyiar kebangsaan ABC mengatakan lelaki itu telah mendapat perhatian pihak berkuasa awal tahun ini kerana pernah menyuarakan anti-Islamnya di media sosial.
Imej udara dari tempat kejadian menunjukkan pakar pemusnah letupan membungkus empat bahan ledakan itu mengunakan guni pasir di tengah-tengah belakang taman itu.
Letupan tersebut menyemburkan asap dan debu ke udara.
Polis telah mengarahkan penduduk agar tidak keluar dari rumah mereka semasa kejadian letupan itu.
“Tidak dijangkakan bahawa berlaku gegaran yang akan menyebabkan kerosakan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk diminta untuk berada di dalam rumah dan jauhi dari tingkap,” kata mereka.
Media tempatan melaporkan bahan peledak itu disebut sebagai ‘Ibu Syaitan’, bahan letupan kimia yang digunakan oleh golongan jihad dan kumpulan pengganas yang lain. – AFP