Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar buaya UK dipenjara aniaya anjing secara seksual

    SYDNEY, 8 OGOS – Seorang pakar buaya yang suatu ketika dihormati telah dijatuhi hukuman penjara lebih 10 tahun di Australia hari ini kerana melakukan penderaan seksual dan membunuh berpuluh-puluh anjing, dan beberapa jenayah lain.

    Adam Britton, 53, telah mengaku bersalah atas 63 pertuduhan berkaitan berahi binatang, kekejaman haiwan dan memiliki bahan penganiayaan kanak-kanak.

    Dalam menjatuhkan hukuman kepada Britton, Ketua Hakim Negara Wilayah Utara, Michael Grant menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘hilang kata-kata’ dan ‘mengerikan’.

    Penyiar kebangsaan Australia, ABC berkata Britton memperoleh 42 ekor anjing dalam talian antara 2020 dan 2022, menjanjikan pemiliknya akan memberi mereka ‘rumah yang baik’.

    Sebaliknya, ABC melaporkan, Britton merakamkan dirinya merogol dan membunuh anjing dalam kontena perkapalan di tanah miliknya di Darwin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda