Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar Filipina: Satu dos penggalak memadai ketika ini

    MANILA, 27 JAN – Individu yang mahu mendapatkan perlindungan tambahan terhadap jangkitan COVID-19, terutamanya varian Omicron yang mudah berjangkit, seharusnya hanya mendapatkan satu dos penggalak buat masa sekarang, berbanding vaksin dos keempat, seorang pakar penyakit berjangkit Filipina menjelaskan hari ini.

    Pakar itu, Dr Rontgene Solante mengatakan belum ada data mencukupi buat masa sekarang sama ada dos penggalak perlu diberikan setiap tiga atau enam bulan sekali, sama ada ia bermanfaat atau memudaratkan kepada sistem imun.

    Menurutnya, pada ketika ini, penduduk seharusnya hanya mendapatkan satu dos penggalak kerana belum ada data memerlukan ia diberikan secara berkala kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku terhadap tindak balas imun.

    Dia mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan Israel bahawa dos keempat vaksin COVID-19 diberikan kepada orang berusia 60 tahun ke atas di Israel menjadikan mereka tiga kali lebih tahan terhadap kesakitan serius berbanding orang menerima dos penggalak ketiga dalam kumpulan yang sama.

    Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet juga mengatakan dos keempat vaksin COVID-19 mempertingkatkan antibodi lima kali ganda seminggu selepas suntikan diberikan. – ANN/Philippine Daily Inquirer

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda