Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pakar kesihatan Haiti mogok akibat penculikan

    PORT-AU-PRINCE, HAITI, 16 MAC – Ribuan doktor, jururawat dan profesional kesihatan lain di seluruh Haiti melancarkan mogok untuk membantah peningkatan kes penculikan berkaitan kumpulan penjenayah dengan pembantah membakar tayar dan menyekat jalan kelmarin.

    Mogok tiga hari yang bermula Isnin telah menutup institusi kesihatan awam dan swasta di ibu kota Port-au-Prince dan seterusnya, dengan hanya bilik kecemasan yang menerima pesakit.

    “Kami menjalani situasi teruk di mana tiada sesiapa yang dilindungi,” kata Dr Louis Gerald Gilles, yang menutup kliniknya kelmarin di kawasan kejiranan Delmas untuk membantah penculikan dua doktor baru-baru ini. “Tiada profesional yang dilindungi. Hari ini boleh jadi doktor, esok boleh masuk pejabat peguam atau arkitek.”

    Penculikan di Haiti meningkat 180 peratus pada tahun lalu, dengan 655 daripadanya dilaporkan kepada polis, menurut laporan pertengahan Februari oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pihak berkuasa percaya jumlah itu jauh lebih tinggi kerana banyak penculikan tidak dilaporkan.

    “Tiada sesiapa yang terlepas; antara mangsa ialah buruh, peniaga, ketua agama, profesor, doktor perubatan, wartawan, pembela hak asasi manusia dan warga asing,” kata laporan itu.

    Penculikan terbaharu dua doktor menakutkan kakitangan di Hospital Besar Port-au-Prince, tempat pekerja kesatuan berkumpul kelmarin dan berkata keadaan menjadi semakin tidak berfungsi sejak pembunuhan Presiden Jovenel Moise pada 7 Julai lalu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...