Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar-pakar beri amaran mengenai cuaca musim panas ekstrem di Vietnam

    HANOI, 9 MEI – Para saintis memberi amaran bahawa pemanasan global memburukkan lagi keadaan cuaca buruk di Vietnam pada musim panas ini selepas negara itu mengalami rekod 44.2 darjah Celsius hujung minggu lalu, lapor Vietnam News hari ini.

    Suhu dibaca dalam bangunan di stesen Tuong Duong di wilayah tengah Nghe An Ahad lalu.

    Ia melepasi paras tertinggi 44.1 darjah Celsius di wilayah Thanh Hoa utara sehari sebelumnya dan jauh melepasi rekod 43.4 darjah Celsius pada April 2019, menurut Pusat Ramalan Meteorologi Hidro Kebangsaan.

    Cuaca El Nino mungkin berlaku pada Jun dan Julai serta berterusan pada separuh kedua tahun ini, kata Phan Van Tan, bekas ketua Jabatan Meteorologi Universiti Sains Hanoi.

    Semasa El Nino, ribut ditolak lebih jauh ke timur, mewujudkan suhu permukaan lautan yang lebih panas dan kurang hujan di tanah besar dengan wilayah tengah Vietnam paling teruk dilanda, tambahnya.

    Walaupun pakar itu tidak dapat meramalkan kekuatan dan sejauh mana corak cuaca El Nino, beliau yakin suhu purata akan lebih tinggi pada musim panas ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda