Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakar sokong vaksin Pfizer untuk budak 5-11 tahun

    WASHINGTON, 29 OKT – Panel penasihat perubatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyokong penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sekali gus membuka jalan kepada kelompok lebih muda mendapatkan suntikan vaksin beberapa minggu akan datang.

    Pakar bebas menyimpulkan manfaat langsung kepada kesihatan kanak-kanak dan menamatkan gangguan persekolahan dan gangguan lain mengatasi risiko yang diketahui. Selepas sehari pembentangan dan perbahasan, hasil undian menunjukkan 17 menyokong dan satu berkecuali.

    Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) yang mengadakan mesyuarat itu dijangka memberi persetujuan tidak lama lagi, menjadikan 28 juta kanak-kanak di AS layak mendapat vaksin menjelang pertengahan bulan depan.

    “Adalah jelas kepada saya bahawa faedahnya melebihi risiko apabila saya mendengar mengenai kanak-kanak dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU), yang mengalami kesan jangka panjang selepas jangkitan COVID-19 dan kanak-kanak meninggal dunia,” kata Amanda Cohn daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang mengundi menyokong.

    “Isunya tidak pernah mengenai bilakah awda mengetahui segala-galanya – persoalannya ialah apabila awda cukup mengetahuinya,” kata Paul Offit, pakar pediatrik di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, yang juga mengundi menyokong tetapi mahu data keselamatan lebih lengkap disediakan dari semasa ke semasa. – AFP

    Gambar fail menunjukkan AidenArthurs menerima suntikan vaksin Pfizer di BloomfieldHills, Michigan.Panel penasihat perubatan kerajaan AS menyokong penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda