Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua terbunuh dalam letupan Titan

    BOSTON, 23 JUN – Seorang pakar Titanic yang terkenal, seorang pengembara pemegang rekod dunia, dua ahli salah satu keluarga terkaya di Pakistan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang mengetuai ekspedisi ke kapal karam paling terkenal di dunia terbunuh di atas kapal tenggelam Titan apabila ia meletup di Lautan Atlantik suatu ketika minggu ini.

    Pengawal Pantai A.S. kelmarin berkata tiada mangsa yang terselamat selepas letupan dahsyat jauh di Atlantik Utara itu.

    Pencarian untuk kapal selam – serta sebarang petunjuk untuk menjelaskan apa yang berlaku di bawah air – sedang dijalankan kelmarin selepas robot laut dalam menemui serpihan berhampiran kapal Titanic yang karam. Laksamana Muda John Mauger, dari Daerah Pengawal Pantai Pertama, berkata usaha mencari akan diteruskan tetapi prospek mencari atau memulihkan mayat tidak diketahui. – AP

    John Mauger semasa bercakap kepada media, kelmarin, di Pangkalan Pengawal Pantai Boston, di Boston. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda