TOKYO, 31 OKT – Ramalan media menyatakan pakatan pemerintah Jepun berada di landasan untuk mengekalkan kuasa, tetapi kehilangan kerusi di Parlimen selepas pilihan raya umum ditutup hari ini, ujian besar pertama buat Perdana Menteri Fumio Kishida.
Dalam ramalan berdasarkan tinjauan, penyiar awam NHK berkata, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan rakan gabungan mudanya, Komeito akan menang antara 239 hingga 288 daripada 465 kerusi di Dewan Rakyat.
TV Asahi berkata, gabungan itu dijangka memenangi 280 kerusi, kurang daripada jumlah sebelumnya 305, sekali gus melemahkan penguasaan LDP yang memegang kuasa hampir berterusan sejak 1950an. – AFP