RIYADH, 27 APRIL – Pakatan tentera pimpinan Arab Saudi menolak pengisytiharan pemerintahan sendiri puak pemisah Yaman dan mahu pihak itu menghentikan tindakan yang mencetuskan tindak balas.
Pengisytiharan itu merumitkan lagi konflik dan perjuangan sekian lama gabungan pemerintahan yang diiktiraf oleh peringkat antarabangsa, menentang pemberontak Huthi yang menguasai sebahagian besar wilayah bahagian utara itu.
Puak pemisah Yaman yang sudah menandatangani perjanjian perkongsian kuasa di Riyadh pada November lalu dan mencetuskan perang saudara di selatan pada Ogos lalu, menyaksikan mereka merampas tampuk pemerintahan bandar kedua Aden.
“Kami mahu pihak itu terlebih dahulu memulihkan keadaan di ibu negara sementara Aden.
“Mengikut pengumuman tergempar oleh Majlis Peralihan Selatan (STC), kami sekali lagi menekankan bahawa Perjanjian Riyadh perlu dilaksanakan dengan serta-merta,” kata gabungan itu di Twitter dari Saudi Press Agency. – AFP
