Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakej pembayaran haji bermula 1 April

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa pembayaran pakej haji bagi musim haji tahun 1440 Hijrah/2019 Masihi akan bermula pada 1 sehingga 26 April.

    Sehubungan dengan itu, bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi musim haji tahun ini dikehendaki untuk membuat pembayaran pakej haji kepada syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji dan umrah yang dibenarkan pada tarikh yang telah ditetapkan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, di sini, kelmarin, nama-nama bakal jemaah haji yang membuat pembayaran pakej haji akan dihadapkan ke Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui sistem pendaftaran haji e-hajj bagi urusan-urusan pengeluaran visa sebagaimana yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

    Kegagalan bakal jemaah haji berbuat demikian akan menjejaskan proses pengeluaran visa haji.

    Bakal-bakal jemaah haji bolehlah berhubung terus dengan Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd, Straits Central Agencies Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd, Raudah AI Amin Sdn Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Titian Travel & Tours Sdn Bhd dan Dar EI-Ehsan Travel Sdn Bhd untuk sebarang maklumat lanjut mengenai jadual pembayaran tersebut.

    Untuk makluman lanjut sila layari Iaman sesawang www.juh.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda