Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Dalam arus perkembangan media sosial yang seakan tidak lagi dapat dibendung, memang tidak dapat disangkal bahawa paparan bahan dan aplikasi dalam media sosial menjadi antara cabaran yang sangat kuat di seluruh dunia.
“Royal Society of Public Health United Kingdom dalam hasil kajian mereka mengenai media sosial, mendapati ketagihan terhadap media sosial itu merupakan satu bentuk ketagihan yang baru.”
Di samping itu, media sosial juga telah dikaitkan dengan meningkatnya kadar kenaikan kebimbangan, kemurungan dan kurang tidur, jelas Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pakej Pembelajaran Media Sosial Bagi Sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta yang berlangsung di Auditorium Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)