Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT – Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu secara sukarela atau berdepan dengan pengusiran, kata menteri dalam negeri kelmarin, tindakan keras yang dianggap sebagai ‘gangguan’ oleh kedutaan Kabul di Islamabad.

    Arahan itu dibuat ketika Pakistan berdepan dengan peningkatan serangan yang dituduh oleh kerajaan berasal daripada pemberontakan yang beroperasi dari Afghanistan, tuduhan yang sering dinafikan Kabul.

    Sekitar 1.3 juta rakyat Afghanistan telah berdaftar sebagai pelarian di Pakistan dan 880,000 lagi mempunyai status sah untuk tinggal, menurut angka terkini Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Tetapi Menteri Dalam Negeri sementara, Sarfraz Bugti berkata bahwa terdapat 1.7 juta lagi rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan.

    Semua dikehendaki pulang ke tanah air dalam beberapa bulan akan datang, menurut laporan oleh agensi berita kerajaan, APP. – AFP

    Sebuah keluarga pelarian Afghanistan kembali ke Afghanistan melalui lintasan sempadan Pakistan, Torkham, timur Kabul, Afghanistan, pada 11 Mac 2015. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda