Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Pakistan berdepan gelombang kelima

-

KARACHI, 3 JAN – Pakistan berdepan gelombang kelima COVID-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara, kata seorang pegawai kanan negara itu kelmarin.

Menteri Perancangan Asad Umar, yang juga ketua strategi anti-virus negara, berkata terdapat bukti jelas gelombang kelima “kini bermula”, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Umar menerusi Twitter, penjujukan genom menunjukkan peningkatan kes melibatkan varian Omicron, terutamanya di Karachi, bandar terbesar di negara itu.

Negara Asia Selatan itu melaporkan lebih 500 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lepas, selama empat hari berturut-turut, menurut Kementerian Kesihatan negara itu kelmarin. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -