KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pakistan hari ini memberi jaminan untuk terus menyokong pengimport Malaysia dengan membawa masuk lebih banyak buah mangga ke negara ini, kata Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Hassan Raza. “Di mana saja saya temui rakan-rakan Malaysia, mereka pasti menyuarakan betapa mereka menggemari mangga Pakistan dan bertanya bila buah itu akan