ISLAMABAD, 2 NOV – Pakistan membuka semula lintasan sempadan Torkham di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa bagi memudahkan kepulangan pelarian Afghanistan ke negara asal mereka, memetik kenyataan pegawai kelmarin.
Timbalan Pesuruhjaya Daerah, Khyber Bilal Rao berkata kepada media, lintasan sempadan itu menyambung semula operasi pada pagi kelmarin bagi membolehkan penghantaran pulang keluarga pelarian Afghanistan yang telah menunggu di sebelah Pakistan selama beberapa minggu.
Beliau berkata, ratusan warga Afghanistan telah tiba di pusat imigresen, tempat proses dokumentasi dijalankan sebelum mereka dibenarkan menyeberang masuk ke Afghanistan.
Proses penghantaran pulang itu telah digantung pada 11 Oktober selepas pertempuran meletus antara Pakistan dan Afghanistan, menyebabkan Islamabad menutup semua lintasan sempadan untuk perdagangan dan perjalanan. – Bernama


