Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan catat 3 lagi kes polio

    ISLAMABAD, 24 NOV – Pakistan melaporkan tiga kes baharu polio hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu pada tahun ini sebanyak 55, menurut kenyataan rasmi.

    Makmal Rujukan Serantau bagi Pembasmian Polio di Institut Kesihatan Negara mengesahkan pengesanan Wild Poliovirus Type 1 (WPV1) di tiga daerah, iaitu Dera Ismail Khan, Zhob dan Jaffarabad.

    Daerah Dera Ismail Khan yang terletak di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa telah mencatat enam kes polio setakat ini pada 2024. Sementara itu, Zhob dan Jaffarabad di wilayah barat daya masing-masing melaporkan tiga dan dua kes, menurut kenyataan tersebut.

    Program Polio Pakistan memaklumkan bahawa beberapa kempen vaksinasi besar-besaran telah dijalankan sejak Januari 2024, dengan vaksin diberikan secara terus kepada kanak-kanak dari rumah ke rumah. – Xinhua

    Gambar menunjukkan seorang pekerja kesihatan (kanan) memberikan ubat polio kepada seorang kanak-kanak semasa kempen vaksinasi virus polio di pinggir Peshawar pada 5 Oktober lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda