Sunday, May 19, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60 tahun

    ISLAMABAD, 5 MEI – Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan itu, kata agensi cuaca negara itu dalam satu laporan.

    Curahan hujan pada April direkodkan pada 59.3 milimeter, secara berlebihan purata biasa sebanyak 22.5 milimeter, kata jabatan metrologi Pakistan lewat Jumaat dalam laporan iklim bulanannya.

    Terdapat kira-kira 144 kematian dalam ribut petir dan rumah runtuh akibat hujan lebat dalam apa yang dikatakan laporan itu sebagai bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961.

    Pakistan semakin terdedah kepada cuaca yang tidak menentu, serta sering hujan monsun yang sering merosakkan yang biasanya tiba pada bulan Julai.

    Satu pertiga daripada Pakistan ditenggelami oleh hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal pada musim panas 2022 dan menyebabkan negara itu mengalami kerosakan dan kerugian ekonomi AS$30 bilion, menurut anggaran Bank Dunia.

    “Perubahan iklim adalah faktor utama yang mempengaruhi corak cuaca yang tidak menentu di rantau kita,” Zaheer Ahmad Babar, jurucakap Jabatan Meteorologi Pakistan, berkata mengenai laporan itu.

    Walaupun sebahagian besar Asia sedang panas terik akibat gelombang panas, suhu bulanan negara Pakistan untuk April adalah 23.67 darjah Celsius (74 darjah Fahrenheit), 0.87 darjah Celsius lebih rendah daripada purata 24.54C, kata laporan itu.

    Hujan tertinggi dicatatkan di wilayah barat daya Balochistan dengan 437 peratus lebih daripada purata. – AFP

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...