Tuesday, April 1, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan catat kematian terendah COVID-19

    KARACHI, 5 JULAI – Pakistan mencatat 19 kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah terendah sehari sejak Februari, lapor agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan pada Isnin.

    Negara itu mencatatkan 16 kematian pada 21 Februari – terendah pada 2021 – sementara 201 kematian dicatatkan pada 27 April, tertinggi sejak negara dilanda gelombang kedua wabak pada Mac.

    Bagaimanapun, jumlah jangkitan baharu kekal melebihi 1,000 untuk hari kelima berturut-turut selepas semua sekatan pergerakan di seluruh negara ditarik balik.

    Sebanyak 1,347 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 963,660. Jumlah korban setakat ini kekal seramai 22,427. Jumlah kes aktif adalah 33,299 manakala 907,934 pesakit sembuh setakat ini.

    Lebih 17.39 juta penduduk berumur 18 tahun ke atas sudah menerima suntikan vaksin setakat ini dengan kebanyakannya menggunakan vaksin yang diterima dari China.

    Pakistan juga sudah mula menggunakan vaksin COVID-19 Moderna yang boleh didapati di pusat vaksinasi terpilih seluruh negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda