Pakistan gantung semua penerbangan Iran

ISLAMABAD, 28 FEB – Pakistan telah menggantung semua penerbangan ke Iran dan menutup sempadan tanah dengan negara jiran, pegawai mengesahkan hari ini, selepas Islamabad mengesan kes koronavirus pertamanya, dua orang yang baru-baru in berkunjung ke Republik Islam.

Bagaimanapun, penerbangan ke dan dari China, pusat wabak virus, dan Afghanistan, yang juga mengesan kes pertamanya pada minggu ini, masih beroperasi, dan sempadan tanah mereka dengan Pakistan juga dibuka.

“Divisyen Penerbangan telah memutuskan untuk menghentikan semua penerbangan di antara Pakistan dan Iran,” kata jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam, Abdul Sattar Khokhar.

Tidak ada penerbangan Pakistan yang beroperasi di antara kedua-dua negara ini, bermakna tindakan itu menjejaskan tiga syarikat penerbangan – Iran Air, Mahan Air dan Taban Air. – AFP