Thursday, March 20, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan gesa masyarakat antarabangsa henti perang genosid

    NEW DELHI, 19 MAC – Pakistan bersama negara-negara Islam lain menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera untuk menghentikan perang genosid Israel di Palestin, selepas rejim Benjamin Netanyahu membunuh kira-kira 424 penduduk Gaza kelmarin.

    “Pakistan mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas Gaza, yang mengorbankan lebih 400 rakyat Palestin yang tidak bersalah, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

    “Tindakan kejam ini, dilakukan dalam bulan suci Ramadan, adalah pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata dan satu peningkatan berbahaya yang boleh menggugat kestabilan seluruh rantau sekali lagi.

    “Kami menggesa masyarakat antarabangsa agar segera menghentikan keganasan dan menyambung semula usaha diplomatik bagi mencapai keamanan yang berkekalan di Gaza dan Timur Tengah,” menurut Kementerian Luar Pakistan. – AFP

    Rakyat Palestin membeli-belah di Pasar Sheikh Radwan, barat Bandar Gaza, sebelum Iftar pada 3 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda