ISLAMABAD, 22 Feb – Pakistan dan India telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian dua hala mengenai Pengurangkan Risiko dari Kemalangan Berkaitan dengan Senjata Nuklear untuk tempoh lima tahun akan datang (2017 hingga 2022), Kementerian Luar berkata kelmarin.
Perjanjian itu berkuat kuasa pada tahun 2007. Ia telah dilanjutkan untuk tempoh lima tahun pada tahun 2012.
Perjanjian itu merupakan sebahagian daripada langkah-langkah Membina Keyakinan Nuklear (CBMs) yang telah dipersetujui antara Pakistan dan India, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar.
“Ia bertujuan menggalakkan persekitaran keamanan yang stabil dan keselamatan antara kedua-dua negara. Ia berasaskan kepada pengiktirafan dimensi persekitaran keselamatan nuklear kedua-dua negara dan meningkatkan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan konflik,” kata kenyataan itu. – Xinhua