ISLAMABAD, 19 JUN – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif kelmarin telah mengisytiharkan hari berkabung kebangsaan bagi rakyat yang maut apabila bot pukat tunda nelayan yang penuh dengan pendatang karam di luar pantai Greece.
Sebanyak 750 lelaki, wanita dan kanak-kanak dari Syria, Mesir, wilayah Palestin dan Pakistan berada di atas kapal itu, cuba untuk berjumpa saudara-mara di Eropah.
Pengawal pantai Greece telah mempertahankan tindak balasnya terhadap tragedi yang menyebabkan lebih 500 pendatang dianggap lemas. Kapal itu tenggelam pada hari Rabu.
Sharif melahirkan rasa dukacitanya atas tragedi itu dan berkata hari ini akan disambut sebagai hari berkabung, dengan bendera negara berkibar separuh tiang. – AP


