Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pakistan kecam keganasan Israel terhadap rakyat Palestin

    ISLAMABAD, 5 JUN – Pakistan mengecam peningkatan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dan tindakan provokatif kumpulan ekstremis Yahudi menyerbu Masjid Al Aqsa, menyifatkan perbuatan itu sebagai pencabulan serius terhadap kesucian agama dan undang-undang antarabangsa.

    Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan kelmarin menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Israel yang setiap hari membunuh orang awam Palestin tanpa sebarang hukuman.

    “Pakistan mengutuk keras serbuan provokatif ke atas Masjid Al Aqsa dan peningkatan kekejaman Israel. Tindakan keji itu termasuk pelanggaran di beberapa pintu masuk Masjid, adalah serangan langsung terhadap kesucian, sejarah dan status undang-undang tapak suci umat Islam itu.

    “Tindakan tidak berperikemanusiaan itu bukan sahaja menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia, malah berisiko mencetuskan ketegangan di kawasan yang sudah pun bergolak.

    “Perkara itu merupakan pelanggaran nyata undang-undang antarabangsa yang mesti dihentikan serta-merta,” menurut kenyataan itu.

    Dalam serangan terbaharu, pendatang haram Yahudi dilaporkan melaungkan kecaman dan ‘May your village burn’ ketika menyerbu kawasan Masjid Al Aqsa dan sebuah kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin di Baitulmaqdis Timur.

    Kementerian Luar Pakistan berkata tindakan Israel yang terus menyasarkan orang awam Palestin yang tidak bersalah di Gaza amat membimbangkan. – Bernama

    Penduduk Palestin yang terpaksa meninggalkan rumah kembali untuk mengambil barang-barang mereka di utara Jalur Gaza pada 4 Jun. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Letupan gas di kilang kimia Pakistan ragut 14 nyawa

    FAISALABAD, PAKISTAN, 21 NOV - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...