Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan nafi laporan AS kenakan sekatan visa

    ISLAMABAD, 29 April – Pakistan menafikan laporan kononnya Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas negara itu, lapor agensi berita Anadolu memetik seorang pegawai Kementerian Luar pada Ahad.

    “Kami telah membaca laporan media yang mengatakan Pejabat Pendaftar Persekutuan AS “memperkenalkan peraturan baharu”. Ia adalah tidak benar,” kata jurucakap kementerian, Mohammad Faisal dalam satu kenyataan. Beberapa media tempatan dan asing pada Ahad melaporkan AS telah mengenakan sekatan ke atas Pakistan selepas Islamabad menolak untuk menerima semula rakyatnya yang diusir kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

    “Perbincangan berkaitan isu-isu konsular termasuk repatriasi masih berterusan antara Pakistan dan AS. Kedua-dua negara bekerja bersama mengenai isu ini selaras dengan undang-undang negara masing-masing. Setakat ini hasil perbincangan menunjukkan perkembangan yang baik,” kata Faisal. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda