Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin, Lubnan

    NEW DELHI, 13 OKT – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Bin Farhan kelmarin mengadakan perbincangan mengenai situasi yang semakin buruk di Lubnan dan Palestin ketika Israel terus memperhebatkan perang genosidnya.

    Menurut laporan Agensi Berita Saudi, kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

    “Mereka berbincang mengenai situasi di Palestin dan Lubnan serta menzahirkan komitmen dan sokongan penuh terhadap rakyat Palestin dan Lubnan,” menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

    Rejim Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di Gaza, mengancam untuk memusnahkan keseluruhan penduduk di utara Gaza.

    Pengeboman turut diperluaskan ke Lubnan, dengan tentera Israel menyasarkan pasukan pengaman PBB di sepanjang ‘blue line.’

    Tembakan pada malam Jumaat mencederakan seorang anggota pengaman, menurut Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) kelmarin. Lima anggota UNIFIL dilaporkan cedera dalam tempoh dua hari lalu.

    Setakat ini, rejim Zionis membunuh 42,175 rakyat Palestin dan 2,169 orang di Lubnan dalam perang genosid yang berlangsung selama setahun. – Bernama

    Seorang wanita Lubnan berjalan melepasi kereta yang musnah akibat serangan udara Israel di Beirut, Lubnan pada 11 Oktober. Pakistan dan Saudi adakan perbincangan berkenaan peperangan. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Lebih 10,000 kanak-kanak di Gaza terima vaksin

    ISTANBUL, 20 NOV – Lebih seminggu selepas kempen imunisasi...

    Arab Saudi, AS tandatangan perjanjian bernilai hampir AS$575 bilion

    DOHA, 20 NOV - Nilai kontrak yang dimeterai antara...

    Arab Saudi minta AS cuba akhiri konflik Sudan – Trump

    WASHINGTON, 20 NOV - Presiden Donald Trump kelmarin berkata...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...