LAHORE, PAKISTAN, 31 OKT – Pakistan hari ini mengebumikan seorang jurnalis yang jatuh dihempap ketika membuat liputan perarakan politik yang diadakan oleh bekas perdana menteri Imran Khan, dengan ratusan orang yang berkabung menghadiri pengebumiannya.
Sadaf Naeem, 36, seorang wartawan televisyen Saluran 5 di Lahore, meninggal dunia kelmarin selepas terjatuh dari trak kontena yang dinaiki Khan ketika bekas perdana menteri itu dan ratusan penyokongnya membuat perjalanan ke ibu negara, Islamabad.
Pengikut Khan berkumpul di atas trak dan kereta dalam konvoi tetapi ramai juga yang berarak bersama dengan berjalan kaki. Sudah menjadi amalan pasukan Khan untuk menjemput beberapa wartawan pada satu masa naik ke atas trak untuk bercakap dengan Khan. – AP
