ISLAMABAD, 30 April – Tentera Pakistan kelmarin berkata bahawa rakyat India yang tersilap melintasi sempadan telah diserahkan balik ke pihak berkuasa India.
Anggota tentera itu berkata Dalwinder Singh secara tidak sengaja memasuki Pakistan pada 6 Mac 2017 di perkampungan daerah Kasur telah dihantar balik ke Anggota Keselamatan Sempadan India oleh Renjer paratentera Pakistan di pos pemeriksaan Wahga selepas melalui proses yang sah.
“Dalwinder Singh berterima kasih kepada Anggota Keselamatan Pakistan atas layanan dan penjagaan semasa tempoh tersebut dan sekembalinya ke negaranya,” menurut kenyataan daripada Perhubungan Awam AntaraPerkhidmatan media tentera.
Pakistan telah menghantar balik warganegara India semasa kedua-dua negara terlibat dengan pertempuran kecil rentas sempadan.
Pihak tentera Pakistan dan India bercakap pada Jumaat lalu untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan ketegangan di sepanjang Line of Control (LoC) di wilayah pertikaian Kashmir.
Menurut kenyataan tentera, hubungan hotline telah diwujudkan antara Pakistan dan Pengarah Umum Operasi Ketenteraan India (DGMO) dan Tentera Pakistan yang membangkitkan isu mengenai ‘penambahan berterusan dalam pelanggaran gencatan senjata (CFV) oleh tentera India’ di sepanjang LoC dan Sempadan Beroperasi.
Sementara itu, menurut pihak tentera pada Jumaat lalu ‘pelanggaran gencatan senjata yang tidak diprovokasi’ oleh anggota tentera India telah membunuh dua orang awam dan mencederakan dua yang lain di sepanjang LoC. – Xinhua