Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan tawar bantuan kepada Bangladesh tangani denggi

    NEW DELHI, 19 NOV – Pakistan menawarkan untuk membantu Bangladesh dalam menangani wabak denggi yang telah meragut lebih 400 nyawa tahun ini.

    “Sangat sedih dengan kehilangan nyawa berharga akibat wabak denggi di Bangladesh.

    Pakistan bersolidariti dengan saudara dan saudari kami di Bangladesh pada masa yang sukar ini dan kami bersedia untuk membantu dalam apa jua cara yang kami mampu,” kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam satu hantaran di platform X kelmarin.

    Bangladesh menyaksikan lonjakan kes denggi semasa musim hujan dari Mei hingga September.

    Sekurang-kurangnya 421 kematian denggi dan 81,068 kes telah dilaporkan di Bangladesh setakat tahun ini, menurut kenyataan Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) negara itu yang dipetik dalam media tempatan.

    Jumlah kematian berkaitan denggi di Bangladesh tahun lepas ialah 1,705, dengan jumlah jangkitan virus ialah 321,179. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda