Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan tidak sambut tahun baharu, tanda solidariti dengan rakyat Palestin

    ISLAMABAD, 29 DIS – Pakistan melarang semua bentuk sambutan Tahun Baharu sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

    Perdana Menteri sementara, Anwarul Haq Kakar berkata Isarel telah membunuh lebih 21,000 orang termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Oktober.

    Beliau turut mengutuk pembunuhan berterusan rejim Israel terhadap penduduk di wilayah Palestin yang diduduki.

    “Pakistan dan umat Islam bersedih atas pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak bersalah  dan rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Gaza dan Tebing Barat,” kata Kakar dalam ucapannya pada kelmarin.

    Justeru itu, larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu akan dikuatkuasakan, katanya. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda