Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV

    ISLAMABAD, 16 JAN – Pakistan telah mengurangkan tarif elektrik untuk kenderaan elektrik (EV) dengan ketara  sebagai langkah yang sesuai untuk menggalakkan penggunaan kenderaan tanpa pelepasan karbon dan mesra alam di negara itu, lapor Xinhua.

    “EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim, kerana ia akan membantu mengurangkan pencemaran udara, bil import bahan api yang besar dan memelihara alam sekitar yang bersih,” kata perdana menteri ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai kenderaan elektrik kelmarin.

    Bercakap mengenai aspek komersial EV, Sharif berkata kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan dasar EV bagi memudahkan pengeluar kenderaan berkenaan melancarkan kenderaan berasaskan caj subsidi di negara tersebut, sambil menambah bahawa pengurangan cukai baharu di bawah dasar EV dijangka akan mengurangkan kos perjalanan sehingga tiga kali ganda berbanding kenderaan yang dikuasakan oleh petrol dan diesel.

    “Ia akan menggalakkan pelabur dan rakan kongsi industri untuk menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor EV. Memandangkan negara ini menghadapi pencemaran udara dan perubahan iklim yang juga merupakan kebimbangan serius bagi dunia, promosi EV adalah penting,” katanya. – Bernama/Xinhua

    Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV. – Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda