Pakistan tutup sempadan penyeberangan Afghanistan

ISLAMABAD, 1 MAC – Pakistan telah menutup salah satu daripada dua sempadan penyeberangannya bersama Afghanistan seminggu lalu untuk mencegah penularan koronavirus, kata para pegawai hari ini. Pengumuman itu muncul sehari selepas Pakistan mengesan dua kes baharu virus terbabit dengan membawa jumlah pesakit yang dijangkiti kepada empat orang. Para pegawai berkata pusat penyeberangan Chaman/Spinboldak akan ditutup hari ini, namun pusat kedua di Torkhum di barat laut akan kekal dibuka.

Pakistan yang diapit antara China dan Iran – yang mana kedua-duanya berusaha membanteras penularan wabak itu – mencetuskan kebimbangan tentang keupayaan negara itu untuk menangani epidemik itu sendirian. Negara itu telah menangguhkan semua penerbangan ke Iran dan menutup sempadan darat.

Pakistan dan Afghanistan dipisahkan oleh ‘Durand Line’, perbatasan sepanjang 2,400km dengan kampung-kampung merentangi sempadan dan masjid serta rumah yang mempunyai satu pintu di Pakistan dan satu lagi di Afghanistan. – AFP