ISLAMABAD, 15 OKT – Pakistan kelmarin mengumumkan pindaan peraturan untuk mengawal selia platform media sosial dan mewajibkan mereka membuka pejabat di negara ini. Menurut kenyataan, peraturan baharu itu dikenakan untuk pemegang lesen yang menyediakan perkhidmatan media sosial atau rangkaian sosial di Pakistan, lapor agensi Anadolu. Peraturan telah dirangka di bawah Undang-undang Pencegahan Jenayah Elektronik 2016 di negara ini.