Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PAL setuju bayar AS$117 juta yuran penerbangan

    MANILA, 6 Okt – Syarikat penerbangan Filipina, Philippines Airlines (PAL) berkata, mereka akan membayar 6 bilion peso (AS$117 juta) kepada kerajaan selepas Presiden Rodrigo Duterte mengamcam akan menyekat akses mereka ke lapangan terbang Manila kerana didakwa gagal menjelaskan bayaran pendaratan dan yuran-yuran lain.

    Duterte telah memberi tempoh sehingga Jumaat untuk syarikat itu menjelaskan tunggakan mereka.

    “Jabatan Pengangkutan telah bersetuju menerima tawaran PAL untuk melunaskan sepenuhnya 6 bilion peso yang dituntut oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina/Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila,” kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

    “Salah satu alasan kenapa PAL bersetuju melunaskan tunggakan berkenaan ialah bagi membuktikan keyakinan mereka terhadap pentadbiran Presiden Duterte,” kata kenyataan itu lagi.

    Syarikat penerbangan itu juga komited untuk “memastikan semua transaksi dikemaskini dan lengkap” dengan pihak berkuasa penerbangan dan lapangan terbang, tambahnya.

    Pada 26 September lalu, Duterte berkata beliau telah memberitahu pengerusi PAL, Lucio Tan yang merupakan seorang bilionair bahawa; “mereka sedang menggunakan bangunan-bangunan kerajaan, lapangan terbang, kamu mesti lunaskan hutang-hutang bagi penggunaan landasan yang masih belum dibayar. Saya kata, kamu perlu selesaikan masalah ini. Saya bagi kamu masa 10 hari untuk jelaskan. Jika tidak, saya akan tutup. Tiada lagi lapangan terbang (untuk kamu).”

    “PAL yang merupakan syarikat penerbangan milik kerajaan, telah dijual pada 1992 dan kerajaan berkata yuran-yuran tersebut dikecualikan tatkala syarikat itu masih milik kerajaan.”

    Meskipun berdepan peningkatan saingan daripada syarikat penerbangan tambang murah, PAL masih merupakan syarikat penerbangan terbesar di Filipina dan satu-satunya syarikat penerbangan tempatan yang terbang ke Amerika Utara dan Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda