Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palace kecewakan AZ Alkmaar

    PARIS, 7 NOV – Crystal Palace kembali bangkit dalam Liga Persidangan UEFA kelmarin dengan kemenangan 3-1 di London ke atas AZ Alkmaar.

    Berikutan kekalahan mengejut di Selhurst Park pada perlawanan terakhir menentang AEK Larnaca dari Cyprus, Palace memperoleh kemenangan pertama mereka di tempat sendiri di pentas utama pertandingan Eropah dengan menewaskan AZ.

    Gol Maxence Lacroix diikuti dengan dua gol Ismaila Sarr memastikan kemenangan itu untuk Eagles kendalian Oliver Glasner apabila mereka meraih enam mata selepas tiga perlawanan liga.

    “Kami sangat gembira. Perlawanan yang kami kalah di sini menyedihkan bagi kami tetapi kami telah berkata sebelum ini bahawa kami mahu memberikan kemenangan kepada peminat. Semua orang berhak mendapatnya,” kata Lacroix kepada TNT Sports.

    Pemain antarabangsa Perancis, Jean-Philippe Mateta, terlepas penalti pada minit ke-17 untuk Palace.

    Walau bagaimanapun, mereka tidak lama kemudian mendahului pada minit ke-22 apabila pemain pertahanan, Lacroix, merembat masuk jaringan kencang, sebelum penyerang Senegal, Sarr, merembat masuk dari jarak dekat sejurus sebelum separuh masa pertama tamat.

    Rembatan Sven Mijnans pada minit ke-54 memberi harapan kepada pasukan pelawat tetapi Sarr kemudian melengkapkan kemenangan tiga minit kemudian dengan penyudah yang kemas.

    Sementara itu, Mainz bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di tempat sendiri menentang Fiorentina hasil jaringan pada minit ke-95 oleh Lee Jae-sung. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda