Palace sumbat satu gol

LONDON, 4 DIS – Pemain gantian Jeffrey Schlupp menjaringkan gol di minit ke-76 apabila Crystal Palace dengan 10 pemain menewaskan Bournemouth 1-0 kelmarin, menjadikan mereka naik ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris.

Pasukan Roy Hodgson kekurangan seorang pemain beraksi selama 71 minit selepas Mamadou Sakho dibuang padang selepas melakukan terjahan keras, tetapi Palace mempamerkan aksi mantap untuk beroleh kemenangan kedua berturut-turut. Sementara itu, Bournemouth mengalami kekalahan keempat berturut-turut.

Sakho baharu saja memulakan aksi kedua dalam liga untuk musim ini dan dengan tidak sengaja menerjah Adam Smith tinggi di atas lutut semasa melakukan tackle di minit ke-19, menyebabkan pengadil Anthony Taylor melayangkan kad merah.

Palace kemudian terpaksa melakukan pertukaran apabila Patrick Van Aanholt mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa digantikan oleh Schlupp.

Ini bermakna Palace mempunyai center-back Martin Kelly yang bermain di sebelah kanan di belakang empat pemain, pemain tengah Cheikhou Kouyate di barisan pertahanan dan Schlupp yang biasanya sebagai pemain sayap telah mengisi ruang di kiri belakang.

Walau bagaimanapun, Bournemouth berdepan dengan cabaran untuk membuka peluang dan tuan rumah masih menimbulkan ancaman serangan balas, dengan Wilfried Zaha tidak diberikan sepakan penalti pada minit ke-70 setelah bertembung dengan Chris Mepham. – AP

Jeffrey Schlupp meraikan gol pertama pasukannya ketika perlawanan menentang Bournemouth semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park di London. – AP