KOROR, PALAU, 31 MEI – Negara Pasifik terpencil, Palau melaporkan kes koronavirus pertamanya hari ini namun pihak berkuasa berkata ia adalah kes lama dan tidak menunjukkan sebarang risiko jangkitan.
Pulau kecil dengan 21,000 penduduk itu setakat ini berjaya menghindari COVID-19 selepas menutup sempadannya pada awal pandemik, meskipun ia menjejaskan ekonominya yang bergantung pada sektor pelancongan.
Kementerian Kesihatan berkata seorang pengembara yang tiba di Palau awal bulan ini didapati dijangkiti virus itu, meskipun telah diuji negatif sebelum berlepas ke pulau itu dan dua kali semasa kuarantin dua minggu.
“Ujian selanjutnya menunjukkan ia adalah kes lama – jangkitan masa lalu – kes COVID-19 dan ia tidak berjangkit,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP