Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palestin dakwa Barat berat sebelah

    RAMALLAH, 7 FEB – Palestin mengecam tindakan berat sebelah Barat yang mengenakan sekatan terhadap Rusia atas operasi ketenteraan khasnya di Ukraine namun mengabaikan pendudukan Israel di Tebing Barat dan keganasannya terhadap rakyat Palestin, kata Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki kepada Sputnik.

    “Orang Eropah dan Amerika, mereka mengenakan sekatan terhadap Rusia atas peristiwa yang berlaku di Crimea, namun pada masa yang sama mengelak daripada mengambil sebarang tindakan terhadap Israel yang telah menduduki wilayah Palestin sejak 55 tahun lalu.

    “Dan kami telah meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan sekatan dan tindakan terhadap Israel atas pendudukannya ke atas tanah kami. Jelas sekali, ini benar-benar mencerminkan dwistandard yang kami tidak boleh terima,” kata al-Maliki.

    Palestin, mengambil perhatian terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh negara di seluruh dunia mengenai ketegangan yang semakin meningkat dengan Israel baru-baru ini.

    “Kami melihat adanya perbezaan terhadap serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap kami, berbanding insiden apabila individu Palestin menyerang beberapa orang Israel…mereka hanya bercakap tentang perlunya untuk mengurangkan ketegangan apabila Israel menyerang kami malah mereka tidak pernah langsung mengutuk Israel,” kata al-Maliki kepada Sputnik.

    Pada 26 Januari, sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin terbunuh dan 20 lagi cedera akibat serbuan Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat. Keesokan harinya, tujuh warga Israel terbunuh dalam insiden tembakan yang disyaki pengganas di Baitulmaqdis, dan dua lagi dalam tembakan di tapak arkeologi di bandar itu sehari selepas itu. – Bernama

    Tayar terbakar ketika penduduk Palestin bertempur dengan tentera Israel di kem Aqbat Jabr, barat daya bandar Jericho pada 4 Februari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda