Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Palestin gesa UNSC sokong gencatan senjata Gaza

    RAMALLAH, 8 DIS – Palestin menggesa semua ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengundi menyokong resolusi menuntut gencatan senjata serta-merta dan melindungi orang awam di Gaza, berdasarkan Artikel 99 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Menurut Palestin sudah tiba masanya untuk menerima pakai resolusi itu bagi menghentikan perang pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ke atas rakyat Palestin oleh tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, lapor WAFA.

    Bantuan kemanusiaan tanpa halangan perlu dilaksanakan segera dan sekatan yang disengajakan oleh rejim Israel telah mengakibatkan situasi bertambah buruk khususnya di Semenanjung Gaza.

    Palestin juga menggesa UNSC menghantar delegasi untuk menilai malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza bagi melihat sendiri korban yang disebabkan kekejaman Israel.

    UNSC akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza berdasarkan mandat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengikut Artikel 99. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...