BAITULMAQDIS, 31 Mei – Israel dan Palestin akan memperingati 50 tahun sejak Perang Enam Hari minggu depan ketika jurang antara mereka semakin luas, dengan kedua-dua belah pihak begitu terkesan dengan tahun-tahun keganasan, rundingan gagal dan janji yang dimungkiri.
Ulang tahun itu muncul ketika harapan suram bagi penyelesaian dua negara kepada konflik Israel-Palestin dan dengan keraguan mendalam yang menyelubungi janji Presiden AS Donald Trump untuk mencapai ‘perjanjian muktamad.”
Konflik 1967 itu begitu memberikan kuasa kepada Israel namun memulakan pendudukannya yang berterusan ke atas bumi Palestin dilihat dari sudut pandangan berbeza.
Dengan kemenangan mengejutkan ke atas negara-negara jiran Arab, Israel dengan luas mengembangkan wilayahnya dengan implikasi sejagat.
Bagi rakyat Israel, peperangan bermakna kemuncak pencarian 2,000 tahun rakyat Yahudi untuk kembali ke Baitulmaqdis.

Rakyat Palestin menganggap perampasan tanah mereka dan usaha perlahan-lahan oleh Israel yang berpendirian keras untuk meluaskan negara mereka dari Sungai Jordan ke Mediterranean – yang tidak meninggalkan bagi negara Palestin.
Sebilangan pihak mengatakan rakyat Palestin yang mahu menetap di negeri Yahudi mungkin dibenarkan, tetapi yang lain harus pindah ke tempat lain.
“Kami mahu mencuba dan mungkin memberikan mereka ganti rugi,” kata Michael Lafair, peguam Israel berusia 43 tahun, yang bersama anak-anaknya, berada di Baitulmaqddis minggu lalu bagi acara memperingati kemenangan Israel dalam tahun 1967. – AFP