Saturday, September 7, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palestin, Israel setuju hentikan dasar unilateral

    ANKARA/AMMAN, 27 FEB – Perwakilan Palestin dan Israel bersetuju untuk menghentikan sebarang dasar unilateral dalam tempoh beberapa bulan ketika menghadiri mesyuarat keselamatan di Jordan semalam, menurut Kementerian Luar Jordan.

    Pertemuan di kota Aqaba itu diadakan ketika Amerika Syarikat, Mesir dan Jordan berusaha meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak yang dikhuatiri akan terus meruncing.

    “Kerajaan Israel dan Pihak Berkuasa Palestin mengesahkan kesediaan dan komitmen mereka untuk segera berusaha menamatkan langkah-langkah unilateral dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

    “Ini termasuk komitmen Israel menghentikan perbincangan mengenai unit penempatan baharu selama empat bulan dan menghentikan kelulusan penempatan luar selama enam bulan,” agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Jordan.

    Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak turut mengesahkan ‘komitmen mereka terhadap semua perjanjian sebelum ini, dan berusaha ke arah keamanan yang adil dan berkekalan.’ – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda