Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Palestin mara ke pusingan kalah mati

    DOHA, 24 JAN – Di sebalik kesukaran dihadapi akibat peperangan di Gaza, Palestin mencipta sejarah apabila layak ke pusingan 16 saingan Piala Asia 2023 buat kali pertama, selepas menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, semalam.

    Walaupun ia merupakan kemenangan pertama mereka dalam sejarah pusingan akhir Piala Asia, namun ia sudah cukup untuk Palestin mendapatkan tempat ke peringkat 16 terakhir, selepas muncul satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

    Penyerang, Oday Dabbagh, muncul pemain paling menonjol apabila menjaringkan dua gol manakala Zeid Qunbar menyumbang satu gol, membolehkan Palestin menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C dengan mengumpul empat mata.

    Iran mengungguli Kumpulan C selepas mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1, yang berada di kedudukan kedua, mengatasi Palestin dengan perbezaan jaringan.

    Palestin mempamerkan permainan agresif sejurus bermulanya babak pertama dan Dabbagh hampir membolosi gawang lawan pada minit keempat, selepas menerima umpanan Mus’ab Al Battat namun percubaannya berjaya ditepis keluar pertahanan Hong Kong, Oliver Gerbig.

    Hong Kong cuba membalas serangan menerusi percubaan Yue Tze Nam dan dan Everton Camargo namun Palestin meneruskan penguasaan sebelum tandukan Dabbagh yang menyempurnakan hantaran lintang Al Battat singgah ke dalam gawang lawan sekali gus meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-12.

    Palestin meneruskan tekanan terhadap pasukan lawan dan akhirnya berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-48 menerusi Qunbar yang menanduk kemas hantaran lintang Al Battat, sebelum Dabbagh menjaringkan gol keduanya, yang juga gol kemenangan Palestin pada minit ke-85. – Bernama

    Reaksi Dabbagh meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketiga di Stadium Abdullah bin Khalifa di Doha pada 23 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...