Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Palestin, PBB kecam Israel

    BAITULMUQADDIS, 31 Mac – Palestin dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengecam kelulusan kabinet Israel atas sekatan rasmi pertama penempatan baru di Tebing Barat yang diduduki lebih 25 tahun.

    Kabinet keselamatan memberi sokongan sebulat suara kepada penempatan baru itu lewat kelmarin dalam apa yang meluasnya dilihat sebagai kerajaan berhaluan kanan dalam sejarah Israel yang menekan untuk meneruskan perluasan penempatan itu dalam tindakan ingkar atas kebimbangan antarabangsa.

    Pegawai kanan Palestin, Hanan Ashrawi berkata langkah itu menunjukkan kerajaan terus menekan dengan ‘dasar penjajahan peneroka sistematik, aparteid dan penghapusan etnik, menunjukkan sepenuhnya dan terang-terangan tidak mempedulikan hak asasi kemanusiaan Palestin’.

    “Israel lebih komited untuk menenangkan bilangan penempatan haramnya daripada untuk mematuhi keperluan kestabilan dan keamanan,” katanya.

    Seorang jurucakap bagi ketua PBB, Antonio Guterres, menyatakan ‘kekecewaan dan rasa terkejut’ pada pengumuman itu.

    Gambar fail yang diambil pada 18 Disember 2016 menunjukkan peneroka Yahudi sedang memasak di padang bola keranjang di Amona. – AP
    Gambar fail yang diambil pada 18 Disember 2016 menunjukkan peneroka Yahudi sedang memasak di padang bola keranjang di Amona. – AP

    “Setiausaha agung secara konsistennya telah menekankan bahawa tidak ada Pelan B bagi Israel dan Palestin untuk tinggal bersama dalam keadaan aman dan selamat.

    “Dia mengutuk semua tindakan sebelah pihak seperti itu, seperti yang ini, mengancam keamanan dan menjejaskan penyelesaian dua negara,” kata Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

    Penempatan baru itu akan dibina di utara bekas kota kara Yahudi dikenali sebagai Amona, yang dimusnahkan pada Februari menurut arahan Mahkamah Tinggi Israel. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda